Org tdk kisah setakat mana yg anda tahu (berilmu),
sehinggalah mereka tahu yg anda kisah terhadap mereka.."-Dr Fadzilah Kamsah
"Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri,
ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu"
"Supaya engkau beroleh sahabat,
hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka"
"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan
kegagalan dan sakit hati di masa lalu."
"Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang.
Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya."
"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan"
"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya,
bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire"
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam cinta, kasih sayang
dan kelembutan hati mereka adalah seperti satu tubuh.
Apabila satu anggota tubuh menderita sakit,
terasakanlah sakit tersebut di seluruh tubuh hingga tidak bisa tidur dan panas”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)...
“Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya bererti tanda takut kepadaNYA,
menuntutnya merupakan ibadat,mengulangkajinya merupakan tasbih,
membahasnya merupakan jihad & mengajarnya kepada orang yang tidak tahu adalah sedekah,
ilmu merupakan pelindung ketika sendirian,teman di tempat sunyi,petunjik dalam agama,
menjadikan kita sabar ketika senang & susah,teman karib di tempat asing &
cahaya menunjukkan jalan ke syurga”
"Jadikan dirimu bagai pohon rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu &
hanya layak di buat kayu api..."-Imam Al Ghazali..
"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah,
membuat orang tidak percaya menjadi percaya menjadi percaya &
memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.."
Cinta bukan mengajar kita jadi lemah, tp membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tp menghembuskan kejayaan..
cinta bukan pelemah semangat, tp membangkitkannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan,
kepada orang yang masih percaya walau pun telah dikhianati...
kepada yang ingin dicintai walaupun telah disakiti..
dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membangunkan kembali
kepercayaan yang telah pudar.. - hamka"
" Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya."
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa,
belum tentu hari ini kita akan berada di sini.."
"Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya,
dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya"
"Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka berkerut. Kerut muka itu dengan sendirinya menambah kerut pekerjaan"
"Orang yang tidak berilmu, hatinya menjadi sakit dan mati. Tetapi, dia tidak menyedarinya kerana sikap terlalu cintakan dunia dan sentiasa sibuk menghilangkan perasaan itu, sebagaimana takut yang amat sangat, adakalanya menghilangkan kepedihan luka buat seketika, meskipun luka itu masih ada"
" Hidup ini pentas drama...
dan kita yang menghela nafas ini bagaimana?
Ya! Kita memerlukan santapan yang lahir dan batin,
yang bersih...dan yang bisa menyambungkan usia..,
menyimpulkan makna sebuah kehidupan;yang tak pernah selesai...! "
"Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya."
"Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya, Daripada banyak yang memudaratkan, Berkat di dunia oh indah nikmatnya, Berkat di akhirat balasannya syurga.."
" Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya..
Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya..
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya..."
Sunday, December 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment